Mar 10, 2011

“Maha” dan “Gading”


Berapa nilainya satu gading gajah?Mengikut pengiraan di negara Afrika Selatan, harga gading perkg ialah lebih kurang 5000 ringgit Malaysia, bagi gading gajah yang jenisnya semakin pupus pula, ia adalah tiada batasan nilai.
            
Oleh yang demikian, kita faham kenapa universiti dikatakan sebagai “menara gading”, kerana nilainya adalah tanpa kemaksimuman, begitu juga nilai pelajar di universiti. Mahasiswa/mahasiswi, itulah panggilan kepada pelajar di universiti, “Maha” ertinya keagungan yang tiada batasan. Pelajar universiti dengan nilai yang tiada maaksimum, ditambah dengan panggilan keagungan tanpa batasan, tetapi adakah ini realiti di kehidupan kampus pelajar universiti?
    
  Bahagian pentadbiran universiti yang popular dikenali dengan panggilan HEP(Hal Ehwal Pelajar) atau PPP (Pusat Pembangunan Pelajar), merupakan organisasi tertinggi di universiti untuk mengawal tatalaku pelajar. Dari hari pertama jejak kaki ke university sehingga hari terakhir keluar dari universiti, semua maklumat dan 
tingkah laku pelajar diawasi dan dikawali oleh HEP atau PPP.

            Tiada kebebasan mutlak yang ada dalam tangan pelajar, dari menganjurkan sebarang aktiviti sehinggalah ke pilihanraya kampus, semuanya HEP, HEP, HEP, HEP dan juga HEP. Untuk menganjurkan aktiviti, dan dilulus oleh HEP yang penting bukan intipati atau isi kanduangan aktiviti tersebut, tetapi yang mustahak ialah format surat permohonan, panduan untuk semua pelajar universiti jangan lupa di penghujung surat dituliskan “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, ini adalah prasyarat untuk kakitangan HEP yang kebanyakan berkelayakan diploma dalam pentadbiran. Meraka inilah yang diarah untuk mengawal “Maha” dan juga “gading”, tetapi yang anehnya,ada juga “maha” dan “gading” yang masih ingin berkerjasama dengan mereka untuk memenangkan puak Aspirasi di pilihanraya kampus.

  Dengan kerenah-kerenah birokasi yang lebih hebat daripada jabatan kerajaan yang lain. Kreativit dan inovasi pelajar disekat, pelajar hanya perlu ikut “sistem” yang telah wujud, tanpa mempersoalkan perkataan “perubahan”. Istilah perubahan seolah-olah perkataan yang dilarang di universiti tidak kira di bilik kuliah atau kediaman asrama. Adakah inilah yang dipanggil “maha” dan “gading”.
            
Dengan “sistem” yang wujud ini, maka pelajar hanya cenderong untuk anjurkan aktiviti persembahan, tari-menari, pesta makan, pesta jual-beli dll. Aktivit yang bertemakan akademik langsung tidak ada, oleh yang demikian kita jangan salahkan sesiapa jika universiti kita tidak dimasukkan dalam senarai top 200 universiti oleh THES. Lebih menyedihkan, selepas gagasan “1 Malaysia” diketengahkan, semua program dimulakan dengan “1 Malaysia……………..” tetapi juga adalah tarian atau nyanyian semata-mata. Mungkin ada yang mengikut jejak Jamal Adibah tukarkan lirik lagu “Gadis Melayu” menjadi “Gadis Malaysia”, tetapi persolannya adakah hanya dengan nyanyian, tarian dan persembhan yang lain gagasan ini dapat dimakbulkan?
            
Dalam perspektif ini, dimana perginya intelektual pelajar universiti yang di gelar “maha” dan “gading”?  Ahli falsafah barat Newman telah mendefinisikan universiti sebagai satu pusat keilmuian yang mendidik pelajar menjadi inovasi,kreatif,akhlak terpuji dll. Tetapi bagaimana dengan universiti di negara kita?
           
Masalah ini bukan masalah AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti), tetapi masalah sistem  pendidikan negara kita. Dari darjah satu kita sudah dididik dengan cara sedemikian, ia tak kan berubah walaupun di universiti, ini di tambah dengan kemaharajalelaan HEP di university!

Lee Boon Heng
10/03/2011 

No comments:

Post a Comment